[Home]
[Databases]
[WorldLII]
[Search]
[Feedback]
Public Rights Licences |
Creative Commons Attribution
Copyright: No
URL: http://creativecommons.org/licenses/by/2.5/my/legalcode
Type: Content
Media: Generic
Country: Malaysia
Licence text
PERBADANAN CREATIVE COMMONS BUKAN FIRMA GUAMAN DAN TIDAK
MENAWARKAN PERKHIDMATAN UNDANG-UNDANG. PENGEDARAN LESEN INI TIDAK MEWUJUDKAN
HUBUNGAN PEGUAMCARA DAN ANAKGUAM. CREATIVE COMMONS MEMBEKALKAN MAKLUMAT INI
DALAM KEADAAN ‘SEDIA ADA’. CREATIVE COMMONS
TIDAK MEMBERI WARANTI
MENGENAI MAKLUMAT YANG DIBEKALKAN, DAN MENOLAK LIABILITI UNTUK KERUGIAN YANG
DIAKIBATKAN OLEH PENGUNAANNYA.
Lesen
KARYA TERSEBUT DIPERUNTUKKAN DI BAWAH TERMA-TERMA LESEN AWAM CREATIVE COMMONS (“LACC” ATAU “LESEN”). KARYA TERSEBUT DILINDUNGI OLEH HAKCIPTA DAN/ATAU UNDANG-UNDANG LAIN YANG BERKENAAN. SEBARANG PENGGUNAAN KARYA TERSEBUT SELAIN DARIPADA YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG HAKCIPTA ATAU YANG DIBERI KUASA DI BAWAH LESEN INI ANTARA ANDA DAN PEMBERI LESEN ADALAH DILARANG. “HAKCIPTA”, “KARYA”, “ANDA” DAN “PEMBERI LESEN” MEMPUNYAI MAKSUD SEPERTI YANG DIBERIKAN DI BAWAH.
DENGAN MENGGUNAKAN SEBARANG HAK-HAK KEPADA KARYA TERSEBUT YANG DIPERUNTUKKAN DI SINI, ANDA MENERIMA DAN BERSETUJU UNTUK DIIKAT OLEH TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT LESEN INI. PEMBERI LESEN MEMBERIKAN HAK-HAK YANG DIKANDUNGI DI SINI SEBAGAI BALASAN KEPADA PENERIMAAN ANDA AKAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT INI.
1. Definisi
2. Urusan yang Wajar dan Hak-hak Lain. Tiada apa-apa dalam Lesen ini yang diniatkan untuk mengurangkan, membataskan atau mengehadkan apa-apa hak yang timbul daripada urusan yang wajar dan mana-mana perbuatan atau penggunaan yang dikecualikan secara khusus daripada pengawalan hakcipta oleh undang-undang hakcipta Malaysia seperti yang wujud kini atau seperti yang bakal dipinda, ditambah atau digubal semula dari semasa ke semasa.
3. Terma-terma Lesen
3.1 Pemberian Lesen . Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini, Pemberi Lesen memberikan Anda satu lesen seluruh dunia, tanpa royalti, tidak ekslusif untuk jangkamasa hakcipta Karya tersebut untuk menggunakan Karya tersebut dalam mana-mana cara berikut:
Hak-hak yang dibenarkan seperti di atas ini akan dirujuk sebagai “Hak-hak Yang Dilesenkan” dan boleh digunakan dalam semua media dan format-format yang dikenali kini atau diperolehi atau dicipta kelak. Hak-hak diatas termasuk hak untuk membuat pengubahsuaian yang merupakan keperluan teknikal bagi penggunaan hak-hak Yang Dilesenkan dalam media atau format-format lain.
4. Had-had. Hak-hak Yang Dilesenkan adalah pada setiap masa tertakluk kepada dan dihadkan seperti berikut dan Anda:
KECUALI jika Anda mencipta Karya Kolektif atau Karya Terbitan, Pemberi Lesen berhak meminta Anda menyingkirkan daripada Karya Kolektif atau Karya Terbitan, sebarang pengakuan seperti yang perlu diperuntukkan seperti di atas dan Anda mesti menyingkirkannya, sejauh mana boleh dilakukan.
4.1 Hak-hak Moral Pencipta Asal. Anda tidak dibenarkan, tanpa persetujuan Pencipta Asal, atau selepas kematian Pencipta Asal, wakilnya, melakukan atau membenarkan perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut:-
4.2 Hak-hak kepada royalti. Untuk mengelakkan keraguan, dimana Karya tersebut adalah karya muzik atau rakaman bunyi, Pemberi Lesen mengetepikan hak ekslusif untuk memungut secara individu atau melalui Perbadanan Perlesenan atau agen Pemberi Lesen, royalti-royalti berkenaan dengan penggunaan Hak-hak Yang Dilesenkan tersebut oleh Anda.
4.3 Lesen selanjutnya daripada Pemberi Lesen kepada pihak ketiga yang berkenaan. Setiap kali Anda menggunakan Hak-hak Yang Dilesenkan berkenaan dengan Karya tersebut, Karya Terbitan tersebut atau Karya Kolektif, Pemberi Lesen menawarkan satu lesen terhadap Karya tersebut kepada penerima di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang sama seperti Lesen ini.
4.4 Perizaban hak-hak untuk pelepasan di bawah terma-terma lesen yang berlainan atau untuk memberhentikan pengedaran Karya tersebut. Tidak kira apa-apa yang dinyatakan di sini, Pemberi Lesen merizabkan hak untuk melepaskan Karya tersebut di bawah terma-terma lesen yang berlainan atau berhenti mengedarkan Karya tersebut pada bila-bila masa. Pemilihan seperti ini tidak akan mengakibatkan penarikan Lesen ini (atau mana-mana lesen lain yang telah, atau perlu, diberikan di bawah terma-terma Lesen ini) dan Lesen ini akan berterusan dengan seluruh kuasa dan kesan kecuali ditamatkan menurut peruntukan-peruntukan Lesen ini.
4.5 Hak-hak yang tidak diberikan adalah dirizabkan. Semua hak-hak yang tidak diberikan secara nyata kepada Anda di bawah Lesen ini adalah dirizabkan.
5. Representasi-representasi, Waranti-waranti dan Penolakan
Kecuali yang dinyatakan sebaliknya, Pemberi Lesen menawarkan Karya tersebut dalam keadaan sedia ada dan tidak membuat sebarang representasi-representasi, janji-janji atau waranti-waranti mengenai Karya tersebut, sama ada secara nyata, tersirat, statutori atau dalam apa-apa cara. Peruntukan ini akan terus kekal setelah sebarang penamatan Lesen ini.
6. Pengecualian Liabiliti
Tertakluk kepada sebarang liabiliti yang tidak dapat dikecualikan atau dibataskan oleh undang-undang, Pemberi Lesen mengecualikan kesemua liabiliti dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerugian atau kecederaan terhadap Anda yang ditimbulkan melalui sebarang cara dari Lesen ini atau pelaksanaan Hak-hak Yang Dilesenkan atau dalam apa jua cara, meskipun Pemberi Lesen menyedari atau telah dinasihati tentang kehilangan, kerugian atau kecederaan tersebut atau kemungkinan atau kebarangkalian kejadiannya. Peruntukan ini akan terus kekal setelah sebarang penamatan Lesen ini.
7. Penamatan
7.1 Lesen ini dan Hak-hak Yang Dilesenkan akan ditamatkan secara otomatik oleh sebarang perlanggaran terma-terma Lesen ini oleh Anda.
7.2 Penamatan ini tidak akan memusnahkan atau mengurangkan kuasa atau kesan ikatan sebarang peruntukan dalam Lesen ini yang secara nyata atau tersirat akan terus kekal atau terus berkesan dan berkuasa setelah penamatan tersebut. Seksyen 1, 2, 4.3, 4.4, 5, 6, 7 dan 8 akan terus kekal setelah sebarang penamatan Lesen ini.
7.3 Lesen-lesen dari orang yang menerima Karya Terbitan atau Karya Kolektif daripada Anda di bawah Lesen ini tidak akan ditamatkan selagi orang tersebut kekal mematuhi lesen-lesen mereka.
8. Am
8.1 Pengasingan. Jika sebarang peruntukan Lesen ini dilarang atau diperintahkan oleh sebuah mahkamah sebagai tidak sah, terbatal atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan, sejauh mana yang diperlukan dan yang mungkin, diasingkan dan dijadikan tidak berkuatkuasa tanpa mengubahsuai peruntukan-peruntukan Lesen ini yang lain dan ini tidak akan dalam apa jua cara menjejaskan sebarang hal-hal keadaan yang lain atau keesahan atau penguatkuasaan Lesen ini.
8.2 Tidak ada penepian. Tidak ada peruntukan di bawah Lesen ini yang dianggap diketepikan dan tidak ada perlanggaran yang dipersetujui kecuali jika penepian secara bertulis atau persetujuan telah ditandatangani oleh pihak yang berhak untuk memberikan penepian atau persetujuan tersebut.
8.3 Keseluruhan perjanjian. Lesen ini merupakan keseluruhan perjanjian di antara Anda dan Pemberi Lesen. Tidak terdapat persefahaman, perjanjian atau representasi berkenaan Karya tersebut dan Hak-hak Yang Dilesenkan yang tidak dinyatakan di sini. Pemberi Lesen tidak terikat oleh sebarang peruntukan-peruntukan tambahan yang mungkin timbul dalam sebarang komunikasi dalam sebarang bentuk.
8.4 Tidak ada perubahan. Lesen ini tidak boleh diubahsuaikan atau ditukar tanpa persetujuan bertulis bersama antara Pemberi Lesen dan Anda.
8.5 Undang-undang taklukan. Lesen ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan pihak-pihak menyerah secara muktamad kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.
Creative Commons bukan pihak kepada Lesen ini, dan tidak membuat sebarang waranti berkaitan dengan Karya tersebut. Creative Commons tidak akan bertanggungjawab kepada Anda atau mana-mana pihak lain atas sebarang teori undang-undang untuk sebarang kerugian, termasuk tanpa batasan, sebarang kerugian am, khas, secara sampingan atau secara akibat yang ditimbulkan berhubungan Lesen ini. . Tidak kira kedua-dua pernyataan sebelum ini, jika Creative Commons telah secara nyata mengenalpasti dirinya sebagai Pemberi Lesen seperti di dalam ini, ia akan mempunyai kesemua hak-hak dan kewajipan-kewajipan seorang pemberi lesen.
Kecuali untuk tujuan terhad sebagai petunjuk kepada awam bahawa Karya tersebut adalah dilesenkan di bawah LACC, kedua-duanya tidak akan menggunakan cap dagang “Creative Commons” atau mana-mana cap dagang atau logo yang berkaitan dengan Creative Commons tanpa mendapatkan kebenaran bertulis sebelumnya daripada Creative Commons. Sebarang penggunaan yang dibenarkan mesti mematuhi garis panduan cap dagang Creative Commons yang terbaru pada masa itu, seperti yang diterbitkan pada halaman web atau dalam cara lain yang disediakan atas permintaan dari semasa ke semasa.
Creative Commons boleh dihubungi melalui http://creativecommons.org/.
WorldLII:
Copyright Policy
|
Disclaimers
|
Privacy Policy
|
Feedback
URL: http://www.worldlii.org/int/other/PubRL/2005/17.html